Akta Eksais 1976 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian III · Melevi Duti Eksais
19B. Akuan oleh pihak yang menuntut
Feedback & supportTiap-tiap orang yang menuntut pulangan cukai atas apa-apa barang yang dieksport semula hendaklah, sendiri atau melalui ejennya, membuat suatu akuan kepada seorang pegawai kanan eksais dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, bahawa barang-barang itu telah sebenarnya dieksport semula dan tidak didaratkan semula atau diturunkan dari kereta api dan tidak dimaksudkan untuk didaratkan semula atau diturunkan dari kereta api di mana-mana pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam atau tempat dalam Malaysia atau dalam mana-mana pelabuhan di Malaysia.