Seksyen 15B
Mendapatkan balik duti eksais, dsb., sebagai hutang sivil
Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain dan walau apa pun apa-apa semakan atau rayuan terhadap apa-apa keputusan Ketua
Pengarah di bawah seksyen 47, apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini, boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang genap masa kepada Kerajaan.
(2)
Dalam mana-mana prosiding untuk mendapatkan balik duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah—
(a)
yang menyatakan bahawa apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai kena dibayar, dalam apa-apa taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan
(b)
yang memberikan alamat orang itu dan yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun itu sebagaimana yang kena dibayar dalam apa-apa taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.
(3)
Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254],
Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa
Sarawak [Swk. Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan semula seolah-olah penalti itu adalah duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang genap masa dan kena dibayar di bawah
Akta ini dan dengan itu subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai kepada penalti itu.