Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang yang dinamakan
“Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan” hendaklah ditubuhkan dalam setiap pihak berkuasa tempatan dan hendaklah dibayar ke dalamnya semua wang yang mungkin dibayar dari semasa ke semasa kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini, semua wang yang boleh didapatkan oleh pihak berkuasa tempatan daripada seseorang di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dan apa-apa sumbangan daripada seseorang bagi mencantikkan, membina atau menyusun atur sesuatu jalan, parit, pembetung, salur atau alur air.
Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan itu hendaklah ditadbirkan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut budi bicara mutlaknya.
170 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (2) pihak berkuasa tempatan boleh membayar daripada Kumpulan Wang Perkhidmatan
Kemajuan itu apa-apa belanja yang mungkin dilakukan pada menjalankan peruntukan Akta ini.
Bahagian VII
Bahagian VIII