Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
70B. Perintah untuk mengkaji semula keselamatan dan kestabilan semasa pendirian bangunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika ada perubahan pada topografi, ciri tanah atau kawasan sekitarnya yang diakibatkan oleh pendirian bangunan atau sebab semula jadi, yang tidak menepati apa-apa pelan yang diluluskan berhubungan dengannya, pihak berkuasa tempatan boleh melakukan suatu pemeriksaan visual.
Jika pihak berkuasa tempatan mengesyaki secara munasabah bahawa ada kecacatan, perubahan bentuk atau kemerosotan pada struktur bangunan yang sedang didirikan yang berkemungkinan mengakibatkan kerobohan bangunan itu, pihak berkuasa tempatan boleh mengeluarkan kepada pemunya bangunan itu suatu perintah untuk mengkaji semula keselamatan dan kestabilan—
bangunan itu;
asas tapak bangunan itu; dan
persekitaran yang di atasnya pendirian bangunan itu sedang berjalan.
Kajian semula itu hendaklah diusahakan oleh seseorang yang berkelayakan selain orang yang mengemukakan yang menyediakan dan memperakui pelan, kiraan, butir-butir, dokumen atau laporan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan sebelum bermulanya pendirian bangunan itu.
Laporan kajian semula itu hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa tempatan boleh, selepas menilai laporan kajian semula itu—
Jalan, Parit dan Bangunan 109
memperakui bahawa keselamatan nyawa atau harta terjejas atau mungkin akan terjejas akibat pendirian bangunan itu;
dan
menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada pemunya bangunan itu akan niatnya untuk mengeluarkan suatu perintah bagi pemberhentian pendirian bangunan itu.
Pihak berkuasa tempatan hendaklah memaklumkan kepada pemunya bangunan itu akan haknya untuk membantah niat pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan suatu perintah bagi pemberhentian pendirian bangunan itu, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis dalam perenggan (5)(b), dan jika tiada bantahan diterima dalam tempoh itu, perintah bagi pemberhentian itu hendaklah dikeluarkan dan berkuat kuasa sertamerta.
Jika bantahan diterima di bawah subseksyen (6) pihak berkuasa tempatan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas habis tempoh yang di dalamnya bantahan boleh dibuat, mendengar mana-mana orang yang telah membuat bantahan dan selepas itu memutuskan sama ada—
suatu perintah bagi pemberhentian pendirian bangunan dikeluarkan; atau
arahan di bawah subseksyen (8) diberikan.
Tanpa menjejaskan kuasanya di bawah subseksyen (5) pihak berkuasa tempatan boleh, selepas menilai laporan kajian semula itu, memberi kepada mana-mana orang arahan bertulis termasuklah pengemukaan suatu pelan yang baru atau yang telah dipinda berkenaan dengan yang berikut:
penstabilan cerun;
pengadaan kemudahan pemaritan tambahan;
penguatan tembok penahan yang sedia ada dan pembinaan tembok baru;
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
pengadaan ciri tambahan lain untuk menyokong kerja binaan yang sedia ada; dan
apa-apa perkara lain yang pihak berkuasa tempatan fikirkan perlu, bagi maksud membaiki apa-apa kecacatan, perubahan bentuk atau kemerosotan pada struktur bangunan itu, menghapuskan apa-apa bahaya kepada nyawa atau harta dan memastikan keselamatan dan kestabilan bangunan itu, asas tapak dan persekitarannya dan arahan itu hendaklah dipatuhi dalam tempoh yang ditentukan di dalamnya.
Jika arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8) tidak dipatuhi, pihak berkuasa tempatan boleh memerintahkan pemberhentian keseluruhan atau sebahagian daripada pendirian bangunan itu.
Jika perintah bagi pemberhentian pendirian bangunan yang dibuat di bawah—
subseksyen (6);
perenggan (7)(a); atau
subseksyen
, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak dipatuhi, pihak berkuasa tempatan boleh secara terus mengeluarkan mana-mana orang atau mengalihkan apa-apa kelengkapan, kenderaan, jentera atau benda dari tapak di mana bangunan itu sedang didirikan untuk memperdapatkan pemberhentian pendirian bangunan itu dan bagi maksud ini bolehlah meminta bantuan polis.
Walau apa pun subseksyen (8), (9) dan (10) pihak berkuasa tempatan boleh melaksanakan apa-apa kerja, mengambil apa-apa langkah atau meruntuhkan sesuatu bangunan yang sedang didirikan—
Jalan, Parit dan Bangunan 111
jika ia berpendapat bahawa kerja, langkah atau peruntuhan itu perlu untuk menghalang suatu bahaya yang hampir benar kepada nyawa atau harta; atau
dalam hal ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8), dan kerja, langkah atau peruntuhan itu boleh menjadi sebagai tambahan kepada atau ganti bagi apa-apa jua yang dikehendaki dibuat di bawah arahan itu dan pihak berkuasa tempatan boleh mendapatkan segala perbelanjaan yang dilakukan secara munasabah olehnya pada berbuat sedemikian daripada pemunya bangunan itu.
Pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau bagi pihaknya boleh memasuki tapak bangunan yang sedang didirikan dan bangunan yang sedang didirikan pada bila-bila masa tanpa notis kepada pemunyanya untuk melakukan suatu pemeriksaan atau bagi apa-apa maksud lain di bawah seksyen ini.
Jika—
pemberhentian pendirian bangunan—
telah diperintahkan di bawah subseksyen (6), perenggan (7)(a) atau subseksyen (9), mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
telah diperdapatkan di bawah subseksyen (10);
arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8) telah dipatuhi; atau
apa-apa kerja pembaikan telah dilaksanakan atau langkah telah diambil di bawah subseksyen (11), pihak berkuasa tempatan boleh membenarkan pemulaan semula pendirian bangunan itu tertakluk kepada pematuhan apa-apa arahan dan syarat yang ditetapkannya.
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Pihak berkuasa tempatan boleh, tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan perbelanjaan di bawah seksyen 104, enggan membenarkan pemulaan semula pendirian bangunan di bawah subseksyen (13) sehingga segala perbelanjaan yang dilakukan secara munasabah olehnya pada memperdapatkan pemberhentian pendirian bangunan itu, melaksanakan kerja itu atau mengambil langkah itu telah dibayar ganti oleh pemunya bangunan itu.
Mana-mana orang yang—
tidak mematuhi apa-apa perintah, arahan atau syarat yang diberikan di bawah seksyen ini; atau
melakukan apa-apa perbuatan bagi menghalang dengan apa-apa jua cara pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau bagi pihaknya dalam pelaksanaan kuasanya di bawah seksyen ini, boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga didenda tambahan tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII