Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian V · Bangunan

73. Penalti kerana menyewakan dan menjual bangunan yang tidak dibenarkan

(1)

Mana-mana orang yang bukan pemunya premis itu dan yang menjual atau membuat suatu perjanjian untuk menjual suatu bangunan yang telah didirikan atau yang sedang didirikan bersalahan dengan seksyen 70 adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang mendirikan atau mengarahkan supaya didirikan suatu bangunan bersalahan dengan seksyen 70, jika bangunan itu kemudiannya dijual atau dipersetujui untuk dijual, adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(3)

Mana-mana orang yang menyewakan atau membuat suatu perjanjian untuk menyewakan sesuatu bangunan yang tidak dibenarkan untuk sewa atau apa-apa balasan lain adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(4)

Mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh juga memerintahkan orang itu supaya memulangkan balik wang belian bangunan itu kepada pembeli bersesama dengan apa-apa pampasan yang difikirkan patut oleh mahkamah.

118 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules