Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian V · Bangunan

89. Perintah untuk meruntuhkan rumah yang tidak layak untuk kediaman

(1)

Jika sesuatu perintah tutup telah dibuat mengenai sesuatu rumah kediaman dan perintah itu tidak dibatalkan oleh sesuatu perintah yang kemudian, pihak berkuasa tempatan, jika berpendapat bahawa—

(a)

rumah kediaman itu tidak dijadikan layak untuk kediaman manusia;

(b)

langkah yang perlu tidak diambil dengan segala usaha yang sepatutnya untuk menjadikannya layak sedemikian; dan

(c)

masih beradanya sesuatu bangunan, iaitu sebagai rumah kediaman atau sebagai sebahagian rumah kediaman, berbahaya atau mendatangkan bencana kepada kesihatan orang ramai atau kesihatan penduduk rumah kediaman yang berjiranan, boleh membuat suatu pengaduan kepada suatu Mahkamah Majistret, dan Mahkamah itu selepas mendengar pengaduan itu boleh membuat suatu perintah terus ke atas pemunya itu untuk meruntuhkan rumah kediaman itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.

144 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(2)

Perintah itu boleh juga mengandungi suatu arahan bahawa bahan bangunan itu atau mana-mana bahagian daripada bahan itu hendaklah dimusnahkan.

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules