Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian V · Bangunan

82. Dinding adang hendaklah didirikan dalam masa kerja bangunan dijalankan

(1)

Tiada seorang pun yang bercadang hendak membina atau meruntuhkan sesuatu bangunan atau mengubah atau membaiki bahagian luar sesuatu bangunan boleh berbuat demikian tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan dan tanpa menyebabkan dinding adang atau pagar yang cukup dipasang untuk mengasingkan bangunan di mana kerja itu sedang dijalankan dari mana-mana jalan atau siar kaki.

126 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(2)

Jika kebenaran telah diberi kepada seseorang untuk melakukan mana-mana kerja yang dinyatakan dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah—

(a)

menyenggara dinding adang atau pagar itu sebagaimana dikehendaki dalam subseksyen (1) supaya berada dalam keadaan baik dan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan;

(b)

menyebabkan supaya dinding adang atau pagar itu diterangi dengan lampu dengan sempurna pada waktu malam; dan

(c)

memindahkan dinding adang atau pagar itu atau apa-apa perancah yang digunakan dalam kerja itu dalam masa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Penalti

(3)

Mana-mana orang tersebut yang melanggar subseksyen (1) dan

(2)

boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas suatu notis menghendakinya mematuhi peruntukan subseksyen (1) atau (2) itu telah disampaikan kepadanya.

Proviso

(4)

Jika pihak berkuasa tempatan fikirkan tidak perlu atau tidak praktik menggunakan suatu dinding adang, ia boleh memberi kebenaran bertulis supaya kerja mendirikan, meruntuhkan, mengubah atau membaiki itu dilakukan tanpa mendirikan sesuatu dinding adang atau pagar.

Jalan, Parit dan Bangunan 127

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules