Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian V · Bangunan

78. Section 78

(1)

Mana-mana orang yang, sebagai pemunya bagi sesuatu bangunan yang bumbungnya atau dinding di sebelah luarnya diperbuat daripada rumput, daun, kajang, atap atau bahan lain yang mudah terbakar dan yang kurang daripada dua puluh lima kaki jauhnya dari mana-mana bangunan lain yang diduduki secara berasingan atau dari mana-mana jalan, tidak memindahkan bumbung atau dinding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa sembilan puluh hari selepas suatu notis untuk berbuat demikian disampaikan kepadanya, boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kemungkiran itu diteruskan selepas disampaikan notis itu.

Membaharui atau membaiki bangunan dengan bahan mudah terbakar

(2)

Jika mana-mana orang telah disampaikan notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) dan dia membuat, membaharui atau membaiki sesuatu bangunan dengan apa-apa bahan yang mudah

Jalan, Parit dan Bangunan 123

terbakar sebagaimana yang tersebut dalam subseksyen (1) atau mengarahkan supaya mana-mana bangunan itu dibuat, dibaharui atau dibaiki sedemikian, orang itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari dia membiar atau membenarkan bangunan itu dibuat, dibaharui atau dibaiki selepas sabitan, dan sesuatu Mahkamah Majistret hendaklah, atas permohonan pihak berkuasa tempatan, membuat suatu perintah mandatori menghendaki bangunan itu diruntuhkan.

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules