Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu premis pada bila-bila masa tidak disalirkan airnya selain kumbahan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan dengan suatu parit atau paip yang cukup yang menghubungi sesuatu parit atau sesuatu tempat lain ke mana pihak berkuasa tempatan diberi kuasa menyalirkan air selain kumbahan, dan jika ada sesuatu cara pemaritan dalam lingkungan satu ratus kaki dari sempadan premis itu, pihak berkuasa tempatan boleh memberi suatu notis secara bertulis menghendaki pemunya premis itu membina atau memasang bagi premis itu suatu parit atau paip daripada apa-apa bahan, mengikut apa-apa saiz, pada apa-apa aras dan dengan apa-apa caruman yang ditetapkan olehnya bagi penyaliran premis itu.
Jika pemunya itu tidak mematuhi notis itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikhnya, sesuatu Mahkamah Majistret hendaklah, atas permohonan pihak berkuasa tempatan, membuat suatu perintah mandatori menghendaki pemunya itu membina atau memasang parit atau paip itu, atau pihak berkuasa tempatan boleh menjalankan kerja itu dan belanja yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengannya jika tidak dibayar dengan segera oleh pemunya itu boleh dituntut dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII