Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
87. Notis menghendaki kacau ganggu diberhentikan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila diterima apa-apa maklumat mengenai adanya sesuatu kacau ganggu yang boleh diambil tindakan secara terus mengenainya di bawah Akta ini, pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika berpuas hati tentang adanya sesuatu kacau ganggu, menyampaikan suatu notis kepada orang yang menyebabkan kacau ganggu itu terbit atau berterusan melalui perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya atau, jika orang itu tidak dapat dijumpai, kepada penduduk atau pemunya premis di mana kacau ganggu itu terbit, menghendakinya memberhentikan kacau ganggu itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan menjalankan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara yang perlu bagi maksud itu dan, jika pihak berkuasa tempatan fikirkan perlu, menyatakan apa-apa kerja yang hendak dijalankan.
Kuasa menghendaki kerja dijalankan
Pihak berkuasa tempatan juga boleh dengan notis itu atau dengan suatu notis lain yang disampaikan kepada penduduk, pemunya, atau orang itu menghendakinya melakukan apa yang perlu bagi mencegah berlakunya semula kacau ganggu itu dan, jika pihak berkuasa tempatan fikirkan perlu, menyatakan apa-apa kerja yang hendak dijalankan bagi maksud itu, dan boleh menyampaikan notis itu walaupun kacau ganggu itu telah pada masa itu diberhentikan jika
Jalan, Parit dan Bangunan 139
pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa kacau ganggu itu mungkin berlaku semula di premis itu juga.
Jika kacau ganggu itu terbit dari tidak adanya atau dari kecacatan sesuatu dari jenis rangka bina atau jika premis itu tidak diduduki, maka notis itu hendaklah disampaikan kepada pemunyanya.
Jika orang yang menyebabkan kacau ganggu itu tidak dapat dijumpai dan adalah nyata bahawa kacau ganggu itu tidak terbit atau tidak berterusan melalui perbuatan, kemungkiran atau pembiaran penduduk atau pemunya premis itu, pihak berkuasa tempatan boleh menyebabkan supaya kacau ganggu itu diberhentikan dan boleh melakukan apa yang perlu untuk mencegah berlakunya semula kacau ganggu itu.
Jika sesuatu notis telah disampaikan kepada seseorang di bawah seksyen ini dan sama ada—
kacau ganggu itu telah terbit daripada perbuatan atau kemungkiran bersengaja orang tersebut; atau
orang itu mungkir mematuhi mana-mana kehendak notis itu dalam tempoh yang dinyatakan itu, orang itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu kesalahan sama ada sesuatu perintah kacau ganggu yang disebutkan dalam Akta ini dibuat atau tidak dibuat ke atasnya.
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII