Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian V · Bangunan

70D. Pemeriksaan pendirian bangunan pada mana-mana peringkat dan pengambilan sampel bagi penganalisisan

(1)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menghalang pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau bagi pihaknya daripada—

(a)

memeriksa mana-mana pendirian bangunan pada mana-mana peringkat;

(b)

memberi suatu notis secara bertulis tentang apa-apa pelencongan daripada pelan atau penentuan yang diluluskan atau ketidakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini yang ia atau dia perhatikan; dan

(c)

memerintahkan supaya pelencongan atau ketidakpatuhan itu dibetulkan.

(2)

Pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau bagi pihaknya boleh, jika tugasnya menghendaki sedemikian, mengambil sampel yang munasabah tentang apa-apa bahan binaan bagi penganalisisan yang ia atau dia fikirkan perlu, dan sampel itu boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang ia atau dia arahkan.

(3)

Tiada bayaran boleh dibuat bagi apa-apa sampel yang diambil di bawah subseksyen (2), tetapi suatu resit bagi apa-apa sampel sedemikian hendaklah diberi.

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules