Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
72. Meruntuh atau memindahkan bangunan yang tidak dibenarkan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika pihak berkuasa tempatan berpuas hati bahawa suatu bangunan telah didirikan atau sedang didirikan atau hampir hendak didirikan bersalahan dengan seksyen 70 atau, jika bangunan itu telah didirikan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, ia telah didirikan bersalahan dengan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu berhubungan dengan bangunan dan kelulusan bangunan tidak diberi kemudiannya mengenainya di bawah mana-mana undang-undang, pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya tanah itu melalui notis yang disampaikan kepadanya melakukan mana-mana satu atau lebih daripada perbuatan yang berikut:
tidak memulakan atau meneruskan pendirian bangunan itu;
Jalan, Parit dan Bangunan 115
meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan; dan
mengambil langkah sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Jika pemunya itu tidak dapat meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, pemunya itu boleh meminta pihak berkuasa tempatan menjalankan kehendak notis itu.
Tiada sesuatu permintaan yang dibuat oleh pemunya di bawah subseksyen
boleh melepaskan pemunya itu daripada tanggungannya di bawah seksyen ini melainkan jika dia membuat permintaan itu dalam masa yang dinyatakan untuk dia meruntuhkan bangunan itu dan melainkan jika dalam tempoh masa itu juga dia—
mendepositkan dengan pihak berkuasa tempatan sejumlah wang yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan cukup untuk meliputi kos dan belanja bagi—
meruntuhkan bangunan itu;
memindahkan apa-apa harta alih yang terdapat dalam bangunan itu;
menyimpan harta alih itu; dan
apa-apa aktiviti lain yang bersampingan dengan atau yang timbul daripada subperenggan (i), (ii)
dan (iii);
menanggung rugi dan sentiasa menanggung rugi pihak berkuasa tempatan daripada apa-apa tuntutan, ganti rosak, kerugian, tindakan atau prosiding yang mungkin dibawa terhadap pihak berkuasa tempatan itu berbangkit daripada atau bersampingan dengan subperenggan (i), (ii), (iii)
dan (iv); dan 116 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
walau apa pun jumlah wang yang telah dibayar di bawah perenggan (a), membayar kepada pihak berkuasa tempatan sejumlah wang tambahan sebanyak yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri, bagi maksud menempatkan semula.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak notis itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika pemunya tidak mematuhi kehendak notis itu, pihak berkuasa tempatan boleh melakukan mana-mana atau kesemua perbuatan yang dikehendaki oleh notis itu dan walau apa pun tanggungan pemunya untuk membayar apa-apa denda di bawah subseksyen (4), pemunya hendaklah membayar apa-apa jumlah wang yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) kepada pihak berkuasa tempatan dan hendaklah disifatkan sebagai telah menanggung rugi pihak berkuasa tempatan pada menjalankan kehendak notis itu seolah-olah pemunya itu telah meminta pihak berkuasa tempatan berbuat sedemikian.
Jika bangunan itu hendak diruntuhkan oleh pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi sekurang-kurangnya tiga puluh hari notis kepada penduduk bangunan itu menghendaki mereka mengosongkan bangunan itu dan pihak berkuasa tempatan boleh selepas tamat tempoh itu memasuki bangunan itu dan memindahkan sesiapa jua atau apa-apa harta alih yang terdapat di dalamnya.
Apa-apa harta alih yang dipindahkan menurut subseksyen (6)
boleh dibawa ke sesuatu tempat yang sesuai dan ditinggalkan di sana atas risiko pemunya dan boleh dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemindahan itu dituntut oleh sesiapa jua yang memberi keterangan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan itu bahawa dia adalah pemunyanya dan jika tiada apa-apa tuntutan harta itu hendaklah dilupuskan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 116.
Jalan, Parit dan Bangunan 117
Suatu perakuan daripada pihak berkuasa tempatan menyatakan jumlah wang yang dikehendaki dibayar oleh pemunya di bawah subseksyen (2) dan (5) adalah bukti muktamad mengenai jumlah wang yang kena dibayar itu dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah.
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII