Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
84. Kuasa menutup dan menjamin keselamatan bangunan yang ditinggalkan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika mana-mana bangunan atau tanah, dengan sebab ditinggalkan atau dengan sebab kepunyaannya dipertikaikan atau dengan sebab lain, masih tidak bertenan dan oleh hal yang demikian boleh menjadi suatu tempat tumpuan pemalas dan orang yang berkelakuan tidak senonoh ataupun menjadi suatu kacau ganggu awam dan hal tidak demikian itu diadukan oleh mana-mana dua orang atau lebih jiran atau oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa atau oleh Pegawai Kesihatan, pihak berkuasa tempatan, selepas siasatan yang sepatutnya, boleh mengarahkan supaya suatu notis secara bertulis diberi kepada pemunya atau orang yang mengaku sebagai pemunyanya, jika dia diketahui dan tinggal di Malaysia, atau, jika dia tidak diketahui atau tidak tinggal di Malaysia, boleh mengarahkan supaya notis itu
130 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
ditampalkan pada pintu bangunan itu atau pada sesuatu bahagian premis itu yang mudah dilihat, menghendaki orang yang berkenaan dengannya, di mana jua mereka berada, supaya menjamin keselamatan dan menutup bangunan itu atau menghentikan kacau ganggu itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan olehnya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak notis itu boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika pemunya itu tidak mematuhi kehendak notis itu, pihak berkuasa tempatan boleh melakukan mana-mana atau semua perbuatan yang dikehendaki oleh notis itu dan kos dan belanja bagi membuat kerja itu boleh dituntut oleh pihak berkuasa tempatan daripada pemunya.
Bangunan yang boleh dimasuki oleh orang ramai hendaklah bersih
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII