Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian V · Bangunan

76. Bangunan dilarang didirikan atas tanah yang tidak bersih

(1)

Tiada apa-apa jua bangunan baharu boleh didirikan di atas mana-mana tanah yang telah ditimbus dengan apa-apa benda yang bercampur dengan benda najis, benda binatang atau benda sayur-sayuran atau yang di atasnya apa-apa benda seperti itu telah diletakkan melainkan dan sehingga benda itu telah dibuang dengan sempurnanya dengan cara korokan atau dengan cara lain atau telah dijadikan tidak berbahaya atau telah menjadi tidak berbahaya.

Penalti

(2)

Mana-mana orang yang melakukan, menyebabkan atau dengan sengaja membenarkan apa-apa perbuatan bersalahan dengan seksyen ini boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit

122 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Bangunan di atas betung awam, paip sambungan persendirian, dsb., tidak boleh didirikan tanpa persetujuan pihak berkuasa tempatan

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules