Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 10
104. Penentuan standard mandatori
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya boleh menentukan suatu standard mandatori bagi apa-apa perkara yang mungkin menjadi hal perkara suatu kod industri sukarela jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kod industri sukarela itu telah gagal, dan akan terus gagal, untuk menggalakkan urusan industri yang selaras dengan—
matlamat Akta ini;
mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah Akta ini; atau 76
Undang-Undang Malaysia
mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Suruhanjaya hendaklah menentukan suatu standard mandatori jika Suruhanjaya tertakluk kepada suatu arahan daripada Menteri supaya menentukan suatu standard mandatori sebagai ganti untuk suatu kod industri sukarela.
Sesuatu arahan Menteri, untuk menentukan suatu standard mandatori, mungkin termasuk sebutan tentang—
perkara yang hendaklah diperkatakan dalam standard mandatori itu; dan
cara perkara tersebut hendaklah dikendalikan.
Penentuan Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah mengikut seksyen 55.
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI