Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pengawalseliaan Ekonomi

126. Pelesenan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang boleh ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, tiada seorang pun boleh—

(a)

mempunyai atau memberikan apa-apa kemudahan rangkaian;

(b)

memberikan apa-apa perkhidmatan rangkaian; atau

(c)

memberikan apa-apa perkhidmatan aplikasi, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat—

(aa)

suatu lesen individu yang sah yang diberikan di bawah

Akta ini; atau

(bb)

suatu lesen kelas yang diberikan di bawah Akta ini,

86

Undang-Undang Malaysia

yang secara nyata memberi kuasa bagi pemunyaan atau pemberian kemudahan atau perkhidmatan itu.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

Report

Bab

Bab 7 Bahagian V.

Bahagian VII

Pengawalseliaan Teknik

Bahagian VIII

Pelindungan Pengguna

Bahagian IX

Pengawalseliaan Sosial

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules