Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian XI · Peruntukan Peralihan

273. Pemansuhan

Feedback & support
(1)

Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20] dan Akta Penyiaran 1988 [Akta 338] dimansuhkan (“Akta-Akta yang dimansuhkan”).

Komunikasi dan Multimedia 153

(2)

Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang selaras dengan Akta ini, sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta ini, dan hendaklah disifatkan bagi semua maksud telah dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Menteri boleh, apabila pada hematnya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau akibat daripada lulusnya Akta ini, melalui perintah yang hendaklah disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana perundangan subsidiari sebagaimana yang disifatkannya sesuai.

Report