Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 5
73. Pemberian maklumat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen ini terpakai bagi mana-mana orang jika Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu—
mempunyai apa-apa maklumat (termasuklah tetapi tidak terhad kepada akaun dan rekod) atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Suruhanjaya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau
dapat memberikan apa-apa keterangan yang Suruhanjaya mempunyai sebab untuk percaya adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang—
supaya memberi Suruhanjaya, dalam tempoh dan dengan cara dan dalam bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana maklumat sedemikian;
supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam tempoh dan dengan cara yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
Komunikasi dan Multimedia 63
supaya membuat salinan mana-mana dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan dengan cara yang dinyatakan dalam notis itu;
jika orang itu seorang individu, supaya hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa badan itu hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan
Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
atau
jika orang itu suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang menjadi pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja perkongsian hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik.
Suruhanjaya hendaklah memberi orang yang diarahkan di bawah subseksyen (2) tempoh masa yang munasabah untuk memberikan dan mengemukakan apa-apa maklumat dan/atau dokumen yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian, termasuklah suatu representasi bahawa dia tidak mengetahui apa-apa maklumat lain yang akan menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
64
Undang-Undang Malaysia
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI