Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 4
16. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya atau selainnya, membuat peraturan-peraturan, yang hendaklah disiarkan dalam
Warta, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
tatacara bagi Suruhanjaya dan Tribunal Rayuan dalam penjalanan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini;
bentuk dan kehendak kebenaran bertulis, penguntukan dan lesen yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Akta ini;
tatacara bagi penguntukan hak kepada spektrum atau nombor di bawah Bahagian VII, termasuklah mekanisme bagi penguntukan berdasarkan kadar;
apa-apa fi, bayaran atau kadar yang hendak dikenakan;
tatacara bagi pelaksanaan suatu sistem pemberian perkhidmatan sejagat di bawah Bahagian VIII, termasuklah tetapi tidak terhad kepada mutu standard perkhidmatan;
tatacara bagi penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan dalam situasi darurat atau kecemasan;
pengkompaunan kesalahan;
apa-apa tebus rugi, termasuklah pampasan atau penalti berkenaan dengan pelanggaran atau kesalahan terhadap mana-mana perundangan subsidiari;
apa-apa perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata; dan 34
Undang-Undang Malaysia
apa-apa perkara lain yang perlu bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran wajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau apa-apa perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah
Akta ini, boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu, atau perundangan subsidiari lain itu, sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan sedemikian dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan, sebagai tambahan kepada penalti itu, denda satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Bahagian III
Tribunal Rayuan
Bahagian IV
Lesen
Bahagian V
Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI