Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bab 13

119. Kajian semula oleh Suruhanjaya

Feedback & support
(1)

Seseorang yang terkilan dengan atau yang kepentingannya dimudaratkan oleh mana-mana keputusan Suruhanjaya yang dibuat menurut pelaksanaan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya boleh meminta secara bertulis kepada

Suruhanjaya bagi mendapatkan suatu pernyataan sebab-sebab bagi keputusan itu.

(2)

Suruhanjaya hendaklah, apabila dibuat permintaan bertulis sedemikian, memberikan satu salinan pernyataan sebab-sebab bagi keputusan itu dan apa-apa maklumat yang berkaitan yang diambil kira dalam membuat keputusan itu dalam tempoh tidak lebih dari tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permintaan itu oleh Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya tidak dikehendaki untuk menyiarkan, atau untuk mendedahkan kepada seseorang yang dengan hal ehwalnya pernyataan itu ada kaitan, suatu pernyataan sebab-sebab atau sebahagian daripada suatu pernyataan sebab-sebab jika penyiaran atau pendedahan itu akan—

(a)

mendedahkan suatu perkara yang bersifat sulit;

(b)

mungkin menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau

(c)

melibatkan pendedahan tidak munasabah maklumat peribadi mengenai mana-mana individu (termasuk orang yang sudah mati).

(4)

Dalam Bab ini, “keputusan” termasuklah apa-apa tindakan, perintah, laporan atau kuasa yang diwakilkan.

Komunikasi dan Multimedia 83

Report

Bab 14

Bab 15

Bahagian VI

Pengawalseliaan Ekonomi

Bab

Bab 7 Bahagian V.

Bahagian VII

Pengawalseliaan Teknik

Bahagian VIII

Pelindungan Pengguna

Bahagian IX

Pengawalseliaan Sosial

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules