Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 7
82. Pertikaian
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu pertikaian antara dua orang atau lebih (“pihak-pihak”) berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya hendaklah mula-mula cuba diselesaikan melalui perundingan antara pihak-pihak itu.
Jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada pertikaian itu telah memberikan suatu aku janji yang berkaitan dengan hal perkara pertikaian itu dan aku janji itu telah didaftarkan oleh
Suruhanjaya mengikut Bab 11 Bahagian ini, pihak-pihak itu boleh menerima pakai syarat aku janji itu bagi maksud penyelesaian pertikaian itu.
Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya gagal untuk mencapai suatu persetujuan, dan tiada aku janji yang berkaitan telah didaftarkan, atau jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak mahu menerima pakai syarat-syarat aku janji itu, pihak-pihak itu boleh meminta pertikaian itu diselesaikan oleh Suruhanjaya, jika Akta ini atau perundangan subsidiarinya dengan jelas mengadakan peruntukan bagi penyelesaian sedemikian.
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI