Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
51. Arahan oleh Suruhanjaya
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang berkenaan dengan pematuhan atau ketakpatuhan mana-mana syarat lesen, dan termasuklah tetapi tidak terhad kepada remedi sesuatu pelanggaran syarat lesen, dan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Sebelum mengeluarkan sesuatu arahan di bawah subseksyen
, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis secara bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.
Komunikasi dan Multimedia 53
Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis dalam suatu tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu tentang sebab-sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya.
Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat keputusan berkenaan dengan tingkah laku atau aktiviti orang itu yang berkaitan.
Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) yang menghendaki orang itu mengambil tindakan tertentu yang bertujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau terus melanggar mana-mana syarat lesennya dan/atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu notis bertulis mengenai arahannya secepat yang dapat dilaksanakan.
Orang itu hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (6).
Sesuatu arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah
Bab ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan.
Arahan itu hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh pendaftaran atau suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh
Suruhanjaya.
Arahan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam surat cara bertulis itu, atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan.
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI