Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang boleh ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, tiada seorang pun boleh memberikan suatu perkhidmatan aplikasi kandungan melainkan jika—
orang itu memegang lesen individu yang sah yang diberikan di bawah Bahagian ini untuk memberikan perkhidmatan aplikasi kandungan; atau
perkhidmatan aplikasi kandungan itu tertakluk kepada suatu lesen kelas yang sah di bawah Bahagian ini.
Sesuatu lesen yang diperoleh di bawah seksyen ini tidak mengecualikan mana-mana orang daripada kewajipan untuk memperoleh lesen di bawah mana-mana seksyen yang berkaitan yang lain dalam Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
114
Undang-Undang Malaysia