Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006 · 28 chapters
Communications and Multimedia Act 1998
Regulation of the converging communications and multimedia industriesBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
s 2Permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
20
Undang-Undang Malaysia
s 3Matlamat
Matlamat Akta ini ialah—
menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;
mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;
mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran Akta ini.
Matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia ialah—
menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;
menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup;
mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;
mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;
menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;
memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;
mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir;
memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan asset kebangsaan;
Komunikasi dan Multimedia 21
menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan
menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet.
Akta ini dan perundangan subsidiarinya terpakai di dalam dan di luar Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai bagi mana-mana orang di luar had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya jika orang itu—
ialah pemegang lesen di bawah Akta ini; atau
memberikan kemudahan atau perkhidmatan yang berkaitan di bawah Akta ini di suatu tempat di dalam Malaysia.
Bagi maksud seksyen ini, “suatu tempat” ertinya suatu titik daripada apa-apa jenis atau perihalan sama ada di darat, di atmosfera, di angkasa lepas, di bawah tanah, di bawah air, di laut atau di mana-mana jua.
Bagi maksud seksyen ini, suatu tempat yang berada—
di atau di bawah stratosfera; dan
di atas had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya, dianggap sebagai suatu tempat dalam had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya.
s 5Kuasa Menteri untuk mengecualikan orang, kawasan geografi tertentu, dll
Walau apa pun seksyen 4, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tidak memasukkan atau mengecualikan mana-mana orang atau tempat, premis atau kawasan geografi daripada apa-apa perihalan daripada peruntukan Akta ini.
22
Undang-Undang Malaysia
s 6Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi pemerakuan” ertinya agensi pemerakuan yang didaftarkan di bawah seksyen 186;
“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 7, atau oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 51;
“capaian” ertinya capaian kepada suatu kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang disenaraikan di bawah Bab 3
Bahagian VI;
“daftar” ertinya mana-mana satu daftar yang diwujudkan atau disenggarakan oleh Suruhanjaya bagi maksud Akta ini;
“daftar pendapat” ertinya daftar pendapat yang disenggarakan di bawah seksyen 97 atau 210, atau mana-mana seksyen lain yang berkaitan;
“forum capaian” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 152;
“forum industri” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 94;
“forum kandungan” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 212;
“forum pengguna” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 189;
“forum standard teknik” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 184;
“jalur frekuensi” ertinya suatu julat frekuensi spektrum yang berterusan;
“kandungan” ertinya apa-apa bunyi, teks, gambar pegun, gambar bergerak atau persembahan audiovisual lain, persembahan sentuhan atau apa-apa gabungan yang sedemikian yang mampu direka, dimanipulasi, disimpan, diambil atau disampaikan secara elektronik;
Komunikasi dan Multimedia 23
“kandungan sampingan” ertinya suatu kandungan yang bersampingan dengan bekalan perkhidmatan aplikasi kerana—
ia berkait semata-mata dengan antara muka antara suatu perkhidmatan aplikasi dengan seorang pengguna akhir;
atau
sebab-sebab yang dinyatakan dalam penentuan Menteri yang dibuat di bawah seksyen 10;
“kelengkapan pelanggan” ertinya apa-apa kelengkapan, sama ada perkakasan atau perisian, atau peranti, yang digunakan di sebelah pihak pengguna di sempadan rangkaian;
“kemampuan pemintasan” ertinya kemampuan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi untuk memintas komunikasi di bawah seksyen 265;
“kemudahan awam” ertinya suatu badan yang mengadakan untuk orang ramai—
keluaran atau perkhidmatan yang berselirat, seperti elektrik, gas, air, pembetungan atau peparitan;
perkhidmatan telekomunikasi;
perkhidmatan pengangkutan; atau
keluaran atau perkhidmatan daripada jenis yang serupa dengan keluaran atau perkhidmatan yang diliputi oleh perenggan (a), (b) atau (c);
“kemudahan rangkaian” ertinya apa-apa unsur atau gabungan unsur infrastruktur fizikal yang digunakan terutamanya bagi, atau berkaitan dengan, pemberian perkhidmatan rangkaian, tetapi tidak termasuk kelengkapan pelanggan;
“kod capaian” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah seksyen 153;
“kod industri sukarela” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 9 Bahagian V;
“kod kandungan” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 2 Bahagian IX;
24
Undang-Undang Malaysia
“kod pengguna” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 1 Bahagian VIII;
“kod teknik” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 3 Bahagian VII;
“komunikasi” ertinya apa-apa komunikasi, sama ada antara orang dengan orang, benda dengan benda, atau orang dengan benda, dalam bentuk bunyi, data, teks, imej visual, isyarat atau apa-apa bentuk lain atau mana-mana gabungan bentuk-bentuk itu;
“lesen individu” ertinya lesen bagi seseorang orang yang dinyatakan untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang dinyatakan dan boleh termasuk syarat-syarat yang dengannya penjalanan aktiviti itu hendaklah tertakluk;
“lesen kelas” ertinya lesen bagi mana-mana atau semua orang untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang dinyatakan dan boleh termasuk syarat-syarat yang dengannya penjalanan aktiviti itu hendaklah tertakluk;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
“maklumat dan kandungan multimedia” ertinya kandungan berdigit;
“mel” termasuk perkhidmatan pos;
“memintas” ertinya pemerolehan kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya melalui penggunaan apa-apa kelengkapan, peranti atau radas elektronik, mekanikal atau yang lain;
“menghantar” atau “penghantaran” ertinya menyebabkan apa-apa pancaran tenaga elektromagnet tidak berpandu dalam mana-mana bahagian spektrum;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;
“nombor” ertinya nombor, huruf atau simbol;
Komunikasi dan Multimedia 25
“pasaran komunikasi” ertinya pasaran ekonomi bagi suatu perkhidmatan rangkaian, atau suatu perkhidmatan aplikasi, atau bagi barang-barang atau perkhidmatan yang digunakan bersama dengan suatu perkhidmatan rangkaian atau suatu perkhidmatan aplikasi, atau bagi capaian kepada kemudahan yang digunakan bersama dengan sama ada suatu perkhidmatan rangkaian atau suatu perkhidmatan aplikasi;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya dan diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini;
“pemberi kemudahan rangkaian” ertinya seseorang yang mempunyai atau yang memberikan apa-apa kemudahan rangkaian;
“pemberi kemudahan yang dinamakan” ertinya seseorang, selain pemunya kemudahan rangkaian, yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai pemberi kemudahan yang dinamakan;
“pemberi perkhidmatan aplikasi” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan aplikasi;
“pemberi perkhidmatan rangkaian” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan rangkaian;
“pembuluh” ertinya—
apa-apa pembuluh, sama ada sendirinya suatu talian elektrik atau tidak, disenggarakan oleh suatu syarikat elektrik bagi maksud menutup, mengelilingi atau menyokong talian itu, termasuklah, jika pembuluh itu disambungkan kepada mana-mana kotak, kebuk atau struktur lain (termasuklah suatu bangunan) yang disenggarakan oleh sesuatu syarikat pembekalan elektrik bagi maksud yang berkaitan dengan penyaluran, penghantaran atau pengagihan elektrik, kotak, kebuk atau struktur itu;
suatu paip air utama atau apa-apa pembuluh lain yang disenggarakan oleh sesuatu pihak berkuasa air bagi maksud penyaluran air dari suatu tempat ke tempat lain;
betung awam;
pembetung atau alur air; atau 26
Undang-Undang Malaysia
apa-apa kemudahan bawah tanah lain untuk membawa, menutup, mengelilingi atau menyokong apa-apa kemudahan rangkaian;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang sama ada memegang suatu lesen individu, atau melakukan aktiviti yang tertakluk kepada suatu lesen kelas, yang diberikan di bawah Akta ini;
“pemintasan dibenarkan” ertinya pemintasan oleh pemegang lesen mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang dibenarkan di bawah seksyen 265;
“pemunya” ertinya pemunya di sisi undang-undang atau pemunya benefisial;
“penentuan” ertinya penentuan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 10, atau oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 55;
“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“penguntukan” ertinya penguntukan oleh Suruhanjaya hak untuk menggunakan spektrum, nombor atau alamat elektronik dan boleh termasuk syarat-syarat yang dengannya penjalanan hak sedemikian hendaklah tertakluk;
“penguntukan kelas” ertinya penguntukan yang dikeluarkan di bawah seksyen 169;
“penguntukan radas” ertinya penguntukan yang dikeluarkan di bawah seksyen 164;
“penguntukan spektrum” ertinya penguntukan yang dikeluarkan di bawah seksyen 159;
“peranti capaian” ertinya apa-apa kad, plat, kod, nombor akaun, nombor siri elektronik, nombor pengenalan mudah gerak, nombor pengenalan peribadi, atau perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan kandungan lain, kelengkapan, atau pengenal pasti kemudahan, atau cara capaian lain yang boleh digunakan, secara sendirian atau bersama dengan suatu peranti capaian lagi, bagi maksud apa-apa komunikasi;
Komunikasi dan Multimedia 27
“peranti pemproses data” ertinya apa-apa barang atau peranti yang daripadanya maklumat mampu dikeluarkan semula, dengan atau tanpa bantuan apa-apa barang atau peranti lain;
“perisytiharan” ertinya perisytiharan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 13;
“perjanjian” ertinya suatu perjanjian, sama ada rasmi atau tidak rasmi, lisan atau bertulis, yang nyata atau yang tersirat;
“perkhidmatan aplikasi” ertinya perkhidmatan yang diberikan dengan menggunakan, tetapi tidak hanya semata-mata dengan menggunakan, satu perkhidmatan rangkaian atau lebih;
“perkhidmatan aplikasi dikehendaki” ertinya perkhidmatan aplikasi yang terdapat dalam senarai yang ditentukan oleh Menteri di bawah seksyen 192;
“perkhidmatan aplikasi kandungan” ertinya perkhidmatan aplikasi yang memberikan kandungan;
“perkhidmatan aplikasi kandungan terhad” ertinya perkhidmatan aplikasi kandungan yang daya tarikannya terhad kerana—
perkhidmatan itu disasarkan kepada suatu kumpulan yang mempunyai minat khas;
perkhidmatan itu boleh didapati dalam suatu kawasan geografi yang terhad;
perkhidmatan itu boleh didapati bagi suatu tempoh masa yang singkat;
perkhidmatan itu diasaskan pada kandungan yang daya tarikannya terhad; atau
sebab-sebab yang dinyatakan dalam penentuan Menteri yang dibuat di bawah seksyen 10;
“perkhidmatan rangkaian” ertinya suatu perkhidmatan bagi menjalankan komunikasi dengan menggunakan sinaran elektromagnet berpandu dan/atau tidak berpandu;
28
Undang-Undang Malaysia
“perkiraan” ertinya sesuatu perkiraan, sama ada rasmi atau tidak rasmi, lisan atau bertulis, yang nyata atau yang tersirat;
“rancangan bencana” ertinya rancangan bencana yang boleh diadakan mengikut seksyen 267;
“rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik” ertinya rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang diadakan di bawah seksyen 180;
“rancangan spektrum” ertinya rancangan spektrum yang diadakan di bawah seksyen 172;
“sempadan rangkaian” ertinya sempadan rangkaian yang diperuntukkan di bawah seksyen 128;
“senarai capaian” ertinya senarai kemudahan atau perkhidmatan yang diwujudkan di bawah Bab 3 Bahagian VI;
“spektrum” ertinya julat berterusan frekuensi gelombang elektromagnet sehingga dan termasuklah frekuensi 420
terahertz;
“standard mandatori” ertinya standard mandatori yang diwujudkan di bawah Bab 10 Bahagian V;
“surat cara” termasuk arahan, penentuan atau perisytiharan;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589];
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
“tiang” ertinya tiang, pancang, menara, tonggak, penyokong, topang atau kemudahan lain atas tanah bagi membawa, menggantung atau menyokong apa-apa kemudahan rangkaian;
“Tribunal Rayuan” ertinya Tribunal Rayuan yang ditubuhkan di bawah Bahagian III.
Komunikasi dan Multimedia 29
Bahagian II
Kuasa dan Tatacara Menteri
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bahagian V
Bahagian V.
Bab 4
Bahagian III
Tribunal Rayuan
Bahagian IV
Lesen
Bahagian V
Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI