Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 3
13. Perisytiharan oleh Menteri
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat suatu perisytiharan bertulis bahawa sesuatu lesen individu, atau sesuatu kelas lesen individu, atau sesuatu lesen kelas—
adalah tertakluk kepada syarat-syarat; atau
menikmati faedah, yang difikirkan patut oleh Menteri.
Apa-apa perisytiharan mengenai syarat-syarat lesen hendaklah berkaitan dengan perkara yang dinyatakan dalam Jadual.
Menteri boleh juga membuat suatu perisytiharan bertulis untuk mengecualikan seorang pemegang lesen daripada mematuhi mana-mana syarat lesen.
Sebelum membuat sesuatu perisytiharan di bawah subseksyen
, Menteri hendaklah memberi pemegang lesen yang terlibat suatu notis bertulis mengenai hasratnya untuk berbuat demikian bersama dengan satu salinan draf perisytiharan itu, dan pemegang-pemegang lesen itu boleh membuat penghujahan kepada Menteri dengan mengemukakannya kepada Suruhanjaya dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Menteri tetapi tempoh masa itu tidaklah boleh kurang daripada tiga puluh hari.
Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (4), Menteri hendaklah, atas syor Suruhanjaya,
32
Undang-Undang Malaysia
menentukan langkah tindakan seterusnya, dengan mengambil kira apa-apa penghujahan yang dibuat oleh pemegang lesen yang terlibat.
Menteri hendaklah memberi pemegang lesen yang terlibat suatu notis bertulis mengenai perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (2) secepat yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa perisytiharan hendaklah selaras dengan matlamat dan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan perisytiharan itu.
Menteri hendaklah memberikan satu salinan perisytiharan di bawah Bab ini kepada Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
Tiap-tiap perisytiharan hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu perisytiharan selain perisytiharan di bawah subseksyen (2) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh
Menteri dalam surat cara itu.
Sesuatu perisytiharan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam notis bertulis itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, perisytiharan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga perisytiharan itu dibatalkan.
Bahagian V
Bahagian V.
Bab 4
Bahagian III
Tribunal Rayuan
Bahagian IV
Lesen
Bahagian V
Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI