Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 12
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 12
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Menteri boleh atas syor Suruhanjaya mengarahkan Suruhanjaya supaya meninggalkan pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya terhadap seseorang pemegang lesen atau sesuatu kelas pemegang lesen, atau kepada seseorang atau sesuatu kelas orang, jika Menteri menentukan bahawa—
penguatkuasaan peruntukan sedemikian tidaklah perlu untuk memastikan pencapaian matlamat Akta ini;
penguatkuasaan peruntukan sedemikian tidaklah perlu bagi pelindungan pengguna;
peninggalan pemakaian peruntukan sedemikian adalah selaras dengan kepentingan negara; dan
peninggalan pemakaian sedemikian tidak akan menghalang pentadbiran Akta ini.
Arahan oleh Menteri hendaklah dibuat mengikut seksyen 7.
Bahagian VI
Bab
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI