Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian III · Tribunal Rayuan

17. Penubuhan Tribunal Rayuan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh menubuhkan suatu Tribunal Rayuan, yang hendaklah bermesyuarat atas dasar ad hoc, sebagaimana yang dianggap perlu atau suai manfaat oleh Menteri untuk tujuan yang baik dan demi kepentingan keadilan, atau untuk membantu dalam pelaksanaan fungsi Suruhanjaya, atau demi kepentingan awam.

(2)

Menteri hendaklah melantik, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

seorang Pengerusi Tribunal Rayuan; dan

(b)

sekurang-kurangnya, dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan anggota yang lebih banyak, Tribunal Rayuan, untuk mengkaji semula sesuatu perkara tertentu di bawah sesuatu lesen, Akta ini atau perundangan subsidiarinya.

(3)

Menteri hendaklah melantik seorang yang pada masa ini ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pengerusi

Tribunal Rayuan.

Komunikasi dan Multimedia 35

(4)

Pelantikan mana-mana anggota Tribunal Rayuan boleh dibaharui setelah habis tempohnya sebagai anggota.

(5)

Tiada anggota Tribunal Rayuan boleh dilantik bagi suatu tempoh melebihi tiga tahun.

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), seseorang anggota Tribunal

Rayuan boleh dilantik semula bagi suatu tempoh selanjutnya.

Report

Bahagian IV

Lesen

Bahagian V

Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bab 10

Bab 11

Bab 12

Bab 13

Bab 14

Bab 15

Bahagian VI

Pengawalseliaan Ekonomi

Bab

Bab 7 Bahagian V.

Bahagian VII

Pengawalseliaan Teknik

Bahagian VIII

Pelindungan Pengguna

Bahagian IX

Pengawalseliaan Sosial

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules