Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 13
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 13
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang terkilan dengan atau yang kepentingannya dimudaratkan oleh suatu keputusan atau arahan (tetapi tidak suatu penentuan) Suruhanjaya yang dibuat menurut pelaksanaan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh merayu kepada Tribunal Rayuan bagi suatu kajian semula merit dan proses keputusan atau arahan tertentu Suruhanjaya, melainkan jika perkara itu tidak tertakluk kepada suatu rayuan kepada Tribunal Rayuan.
Tertakluk kepada subseksyen 17(1), Menteri boleh menentukan keputusan atau arahan Suruhanjaya yang tidak tertakluk kepada rayuan kepada Tribunal Rayuan di bawah subseksyen (1).
Bahagian VI
Bab
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI