Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Tribunal Rayuan
24. Tatacara Tribunal Rayuan
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatacara perjalanan Tribunal Rayuan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada—
pembiayaan Tribunal Rayuan;
saraan anggota;
pelantikan anggota untuk membentuk kuorum Tribunal
Rayuan;
pelantikan anggota pemangku;
penjalanan pendengaran;
38
Undang-Undang Malaysia
apa-apa perkara lain yang bersampingan dengan pendengaran itu; dan
penggajian kakitangan, jika ada.
Kuasa Tribunal Rayuan 24a. Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa—
untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
untuk mendapatkan dan menerima keterangan dengan sumpah atau ikrar, sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan oleh Tribunal Rayuan perlu untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;
apabila seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa buku, kertas, dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya dan yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu;
untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;
apabila seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
sebagai mahkamah rendah berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi-saksi, pendengaran keterangan dengan sumpah atau ikrar dan menjatuhkan hukuman bagi penghinaan;
untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara lisan atau dokumen, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan kebolehterimaan keterangan;
Komunikasi dan Multimedia 39
untuk menangguhkan pendengaran rayuan dari semasa ke semasa, termasuklah kuasa untuk membuat penangguhan bagi mempertimbangkan keputusannya; dan
untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat supaya keputusan rayuan itu dapat dibuat dengan cekap dan cepat.
Bahagian IV
Lesen
Bahagian V
Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI