Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 9
97. Kod industri sukarela yang terpakai
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya hendaklah memastikan bahawa hanya terdapat satu kod industri sukarela yang berkuat kuasa yang terpakai bagi suatu perkara tertentu bagi orang atau kelas orang tertentu pada suatu masa tertentu.
Jika terdapat apa-apa ketidakpastian atau ketaksaan, seseorang boleh memohon kepada Suruhanjaya supaya diberi pendapat Suruhanjaya, tentang kod industri sukarela yang manakah yang menjadi kod yang terpakai berhubung dengan hal keadaan pemohon itu.
Suruhanjaya hendaklah memberikan pendapatnya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa garis panduan
Menteri dan apa-apa pendapat terdahulu yang berkaitan.
Pendapat itu hendaklah mengikat Suruhanjaya dan pemohon itu selama tempoh tiga tahun dari tarikh pendapat itu diberikan di bawah subseksyen (3).
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar pendapat yang diberikan di bawah seksyen ini, mengikut Bab 6 Bahagian ini.
74
Undang-Undang Malaysia
Walau apa pun subseksyen (5), Suruhanjaya boleh menarik balik suatu pendapat di bawah seksyen ini jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa jenis aktiviti yang dijalankan oleh pemohon telah berubah secara matan.
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI