Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Maka hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Ketua Pengarah suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh
Menteri.
Bila mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).