Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

37C. Kuasa penangkapan

(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah

Kualiti Alam Sekeliling 61

melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.

Report