Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VII

79. Kuasa Lembaga untuk menghendaki maklumat mengenai kenaf atau tembakau, dsb

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh menghendaki mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti yang melibatkan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau untuk memberi Lembaga, dalam masa yang dinyatakan dalam suatu notis, maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules