Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal
146. Pemecatan, peletakan jawatan dan pengosongan jawatan mana-mana anggota Perbadanan
Feedback & supportMenteri atas syor Pengerusi Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota
Perbadanan jika—
anggota itu telah gagal untuk melaksanakan kewajipannya dengan cara yang sepatutnya; atau
anggota itu tidak menghadiri tiga mesyuarat Perbadanan secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Perbadanan dan dalam kes Pengerusi Perbadanan, tanpa kebenaran
Pengerusi Suruhanjaya.
Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletak jawatannya dengan memberikan suatu notis secara bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada Menteri.
Jawatan anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong jika—
dia mati;
dia telah disabitkan di bawah mana-mana undang-undang untuk suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keganasan sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
dia menjadi seorang bankrap; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 281
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan kewajipannya.