In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal
156. Kerjasama dan penyelarasan
Feedback & support(1)
Perbadanan hendaklah memberikan bantuan kepada
Suruhanjaya atau kepada mana-mana orang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya, sebagaimana yang dikehendaki oleh
Suruhanjaya atau orang itu, termasuk memberikan maklumat berhubung dengan operasi Perbadanan atau apa-apa maklumat lain.
(2)
Perbadanan boleh memasuki perkiraan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa berkaitan untuk memperoleh atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen yang disifatkan perlu oleh
Perbadanan bagi kepentingan pelabur atau berhubung dengan mana-mana orang yang berkaitan.