Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal
153. Obligasi menyimpan rahsia
Feedback & supportSeseorang anggota, pekerja atau ejen Perbadanan tidak boleh memberikan, mendedahkan, memperlihatkan atau selainnya
284 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen yang diperolehnya dalam penjalanan kewajipannya kecuali—
dalam hal keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 154;
atau
kepada Suruhanjaya—
bagi maksud membolehkan atau membantu
Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti atau apa-apa undang-undang bertulis lain; dan
jika Suruhanjaya berpendapat bahawa penzahiran itu adalah perlu demi kepentingan awam atau bagi perlindungan pelabur.
Seseorang yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang dalam pengetahuannya telah dizahirkan berlanggaran dengan subseksyen (1) tidak boleh dengan apa-apa cara menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.