Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal

163. Akaun dan audit

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun yang teratur dan rekod lain berkenaan dengan operasi

Perbadanan dan hendaklah menyediakan penyata akaun untuk setiap tahun kewangan.

(2)

Pada akhir setiap tahun kewangan, dalam masa tiga bulan selepas penutupan tahun kewangan atau sebaik sahaja akaun

Perbadanan diaudit, Perbadanan hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun dikemukakan kepada Suruhanjaya.

(3)

Dalam tempoh tiga bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan, Perbadanan hendaklah menyediakan dan menyerahkan suatu laporan pengawalseliaan kepada Suruhanjaya tentang setakat

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 289

mana Perbadanan itu telah mematuhi kehendak di bawah Bahagian ini dan kaedah-kaedahnya dalam tahun kewangan itu.

(4)

Apabila menerima laporan di bawah subseksyen (3),

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa jika difikirkan perlu menjalankan audit pengawalseliaan ke atas Perbadanan.

(5)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] tidak terpakai kepada Perbadanan.

Report

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules