Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal
159. Aset yang membentuk Dana Pampasan Pasaran Modal
Feedback & supportDana Pampasan Pasaran Modal hendaklah terdiri daripada yang berikut:
wang yang diperuntukkan kepada Dana Pampasan Pasaran
Modal oleh Suruhanjaya;
wang yang diperuntukkan kepada Dana Pampasan Pasaran
Modal oleh bursa saham dan bursa derivatif yang berkaitan;
caruman yang dibuat oleh Dana Pembangunan Pasaran
Modal;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 287
caruman yang dibuat oleh seseorang orang yang berkaitan yang diperuntukkan di bawah seksyen 160;
bunga dan keuntungan yang terakru dari semasa ke semasa daripada pelaburan Dana Pampasan Pasaran Modal;
apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan menurut subseksyen 142(2);
wang yang didapatkan kembali oleh atau bagi pihak
Perbadanan dalam menjalankan suatu hak tindakan yang diberikan di bawah Bahagian ini;
wang yang dibayar oleh seseorang penanggung insurans di bawah suatu kontrak insurans atau tanggung rugi yang dibuat oleh Perbadanan di bawah seksyen 170 Bahagian ini;
dan
semua wang lain yang dibayar dengan sah ke dalam Dana
Pampasan Pasaran Modal menurut Akta ini atau apa-apa garis panduan lain yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Perbadanan diberikan kuasa untuk mengkreditkan semua pendapatan operasi secara langsung kepada Dana, dan mengecaj terhadap Dana, semua perbelanjaan dan kos yang ditanggung oleh
Perbadanan dalam menguruskan Dana.