Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IV · Dana Pampasan Pasaran Modal
151. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportSeseorang anggota Perbadanan yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung, oleh dirinya sendiri atau anggota keluarganya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan fakta dan jenis kepentingan itu kepada Perbadanan.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 283
Penzahiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat dan selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan Perbadanan berkenaan perkara itu; dan
tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk suatu kuorum mesyuarat bagi pertimbangtelitian dan keputusan berkenaan perkara itu.
Mana-mana anggota
Perbadanan yang gagal untuk menzahirkan kepentingannya seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Perbadanan telah melanggar peruntukan seksyen ini.