Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VII · Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai
317A. Kelakuan yang dilarang oleh pengarah atau pegawai perbadanan tersenarai
Feedback & supportSeorang pengarah atau pegawai suatu perbadanan tersenarai atau mana-mana perbadanan yang berhubungannya tidak boleh melakukan atau menyebabkan seseorang untuk melakukan apa-apa jua dengan niat menyebabkan kerugian salah terhadap perbadanan tersenarai itu atau mana-mana perbadanan yang berhubungannya tidak kira sama ada kelakuan itu menyebabkan kerugian salah sebenar.
Seksyen ini adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kewajipan atau liabiliti pengarah atau pegawai suatu perbadanan tersenarai.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Bagi maksud seksyen ini—
“harta” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam seksyen 138;
“kerugian salah” ertinya kerugian harta dengan cara yang menyalahi undang-undang yang kepadanya orang yang kerugian itu berhak di sisi undang-undang;
“pengarah” termasuklah seseorang yang merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, ketua pengawal kewangan atau mana-mana orang lain yang secara
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 517
terutamanya bertanggungjawab bagi pengendalian atau pengurusan kewangan sesuatu syarikat, walau apa jua nama disebut.