Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VII · Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai
318. Kehilangan kelayakan ketua eksekutif atau pengarah perbadanan tersenarai
Feedback & supportSeseorang—
yang baginya subseksyen 130(1) *Akta Syarikat 1965
terpakai; dan
yang berniat untuk memohon kebenaran daripada mahkamah untuk menjadi pengarah atau penganjur suatu perbadanan tersenarai, atau secara langsung atau tidak langsung mempunyai perkaitan dalam, atau untuk mengambil bahagian, atau melibatkan diri, dalam pengurusan perbadanan tersenarai itu, hendaklah memberikan kepada Suruhanjaya suatu notis yang tidak kurang daripada sepuluh hari tentang niatnya untuk memohon, dan
Suruhanjaya hendaklah menjadi suatu pihak dalam prosiding itu.
Dalam mendengar mana-mana permohonan yang disebut dalam subseksyen (1), Suruhanjaya boleh—
menentang pemberian kebenaran untuk sesuatu permohonan; atau
memohon kepada mahkamah untuk tidak membenarkan orang itu menjadi pengarah atau penganjur suatu perbadanan tersenarai, atau secara langsung atau tidak langsung mempunyai perkaitan dalam, atau untuk mengambil bahagian, atau melibatkan diri, dalam pengurusan perbadanan tersenarai itu, bagi apa-apa tempoh yang lebih lama yang melebihi lima tahun sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
518 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Walau apa pun subseksyen 130(1) *Akta Syarikat 1965, jika
Suruhanjaya mendapati bahawa oleh sebab mana-mana ketua eksekutif atau pengarah sesuatu perbadanan tersenarai—
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang sekuriti;
telah diambil tindakan terhadapnya di bawah seksyen 199,
200, 210, 211, 354, 355 atau 356 atau subseksyen 201(5)
atau (6), atau seksyen 360; atau
telah dikompaun bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 373, ketua eksekutif atau pengarah tidak layak, sama ada secara langsung atau tidak langsung mempunyai perkaitan dalam, atau untuk mengambil bahagian, atau melibatkan diri, dalam pengurusan perbadanan tersenarai itu, Suruhanjaya boleh memohon kepada mahkamah untuk memecat daripada jawatan ketua eksekutif atau pengarah perbadanan tersenarai itu atau menghalang ketua eksekutif atau pengarah itu daripada menjadi pengarah atau ketua eksekutif mana-mana syarikat awam bagi apa-apa tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah.
Suruhanjaya boleh menghendaki ketua eksekutif atau pengarah yang dimaksudkan dalam suatu permohonan di bawah subseksyen (3)
atau perbadanan tersenarai yang dalamnya ketua eksekutif atau pengarah itu memegang jawatan—
memberikan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat mengenai hal ehwal perbadanan tersenarai itu; dan
menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan apa-apa buku atau dokumen bagi atau berkaitan dengan perbadanan tersenarai itu,
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 519
sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya bagi maksud menentukan sama ada atau tidak untuk membuat permohonan di bawah subseksyen (3); dan jika ketua eksekutif atau pengarah yang berkenaan melanggar mana-mana kehendak di bawah seksyen ini, mahkamah boleh, atas permohonan Suruhanjaya, membuat perintah yang menghendaki ketua eksekutif atau pengarah itu mematuhi kehendak itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah.
Jika dalam suatu permohonan di bawah subseksyen (3), mahkamah berpuas hati—
bahawa ketua eksekutif atau pengarah perbadanan tersenarai itu—
telah disabitkan di bawah suatu undang-undang sekuriti;
telah diambil tindakan terhadapnya di bawah seksyen 199, 200, 210, 211, 354, 355 atau 356, atau subseksyen 201(5) atau (6), atau seksyen 360;
atau
telah dikompaun bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 373; dan
bahawa perlakuannya sebagai ketua eksekutif atau pengarah perbadanan tersenarai itu menjadikannya tidak layak, secara langsung atau tidak langsung mempunyai perkaitan, atau untuk mengambil bahagian, atau melibatkan diri, dalam pengurusan perbadanan tersenarai itu, mahkamah boleh membuat suatu perintah bahawa ketua eksekutif atau pengarah yang berkenaan dipecat daripada jawatan mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, walau apa pun apa-apa dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau apa-apa sekatan yang terkandung dalam memorandum syarikat dan perkara persatuan perbadanan tersenarai itu, dan, khususnya, walau apa pun apa-apa
520 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
sekatan dalamnya tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah dalam perbadanan tersenarai itu.
Seseorang ketua eksekutif atau pengarah yang dipecat daripada jawatan di bawah subseksyen (5) hendaklah terhenti daripada memegang jawatan mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, dan tidaklah boleh selepas daripada itu memegang apa-apa jawatan lain dalam perbadanan tersenarai itu atau dalam apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai perkaitan dalam, atau mengambil bahagian, atau melibatkan diri, dalam apa-apa aktiviti, hal ehwal atau urusan perbadanan tersenarai itu atau berhubung dengan perbadanan tersenarai itu.