Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian VII · Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

319. Pengemukaan maklumat

Feedback & support
(1)

Suatu perbadanan tersenarai hendaklah menyebabkan supaya diserahkan kepada Suruhanjaya—

(a)

suatu salinan akaun tahunan terauditnya; dan

(b)

laporan kewangannya yang interim dan berkala, pada masa yang sama dokumen itu dikemukakan, diumumkan atau dijadikan tersedia kepada bursa.

(2)

Suatu perbadanan tersenarai hendaklah memberitahu

Suruhanjaya secara bertulis—

(a)

tentang apa-apa pertukaran alamat berdaftar atau perniagaan perbadanan tersenarai itu;

(b)

jika ketua eksekutif atau mana-mana pengarah perbadanan tersenarai itu terhenti daripada memegang jawatan sebagai ketua eksekutif atau pengarah; dan

(c)

nama dan butir-butir mana-mana ketua eksekutif atau pengarah baru perbadanan tersenarai itu, dalam masa dua minggu dari berlakunya pertukaran atau kejadian itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 521

(3)

Suatu perbadanan tersenarai dan pengarahnya hendaklah menyebabkan supaya disimpan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang akan secukupnya boleh menjelaskan transaksi dan kedudukan kewangan perbadanan tersenarai itu dan perbadanan yang berhubungannya dan yang membolehkan akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang benar dan saksama dan apa-apa dokumen yang dikehendaki dikepilkan bersama-sama untuk disediakan dari semasa ke semasa, dan hendaklah menyebabkan rekod-rekod itu disimpan mengikut bentuk yang membolehkan diaudit dengan mudah dan sepatutnya.

(4)

Suatu perbadanan tersenarai hendaklah memastikan bahawa perbadanan itu memegang simpan rekod yang disebut dalam subseksyen (3) selama tujuh tahun selepas penyempurnaan transaksi atau operasi yang masing-masing bersangkutan.

(5)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules