Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian VII · Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

321. Section 321

Feedback & support
(1)

Jika seorang ketua eksekutif, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab untuk menyediakan atau meluluskan penyata kewangan atau maklumat kewangan, seorang juruaudit dalaman atau setiausaha perbadanan tersenarai, walau apa pun gelarannya, telah dalam melaksanakan tugasnya mempunyai kepercayaan yang munasabah tentang apa-apa perkara yang boleh atau akan mengakibatkan suatu pelanggaran atau ketidaklaksanaan apa-apa kehendak atau peruntukan undang-undang sekuriti atau pelanggaran mana-mana kaedah-kaedah bursa saham atau apa-apa perkara yang boleh menjejaskan pada takat yang material kedudukan kewangan perbadanan tersenarai itu dan mana-mana orang yang disebut terdahulu mengemukakan laporan tentang perkara itu—

(a)

dalam hal pelanggaran atau ketidaklaksanaan apa-apa kehendak atau peruntukan undang-undang sekuriti, kepada

Suruhanjaya;

(b)

dalam hal pelanggaran atau ketidaklaksanaan apa-apa kaedah bursa saham, kepada bursa saham yang berkaitan atau kepada Suruhanjaya; atau

(c)

dalam apa-apa hal lain yang menjejaskan pada takat yang material kedudukan kewangan perbadanan tersenarai itu, kepada bursa saham yang berkaitan atau kepada

Suruhanjaya, perbadanan tersenarai itu tidak boleh memecat, mendiskriminasi, menurunkan pangkat, menggantung atau mencampuri urusan pekerjaan atau punca pendapatan yang sah, ketua eksekutif, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab untuk menyediakan atau meluluskan penyata kewangan atau maklumat kewangan,

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 525

juruaudit dalaman atau setiausaha, perbadanan tersenarai itu disebabkan laporan yang dikemukakan oleh mana-mana orang itu.

(2)

Ketua eksekutif, pegawai yang bertanggungjawab untuk menyediakan atau meluluskan penyata kewangan atau maklumat kewangan, juruaudit dalaman atau setiausaha perbadanan tersenarai tidak boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa laporan yang dikemukakan oleh orang itu dengan suci hati dan atas niat untuk melaksanakan kewajipannya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “setiausaha” ertinya seseorang yang disebut dalam seksyen 139 *Akta Syarikat 1965.

Report

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules