Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VII · Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai
320A. Penyata kewangan palsu atau mengelirukan perbadanan tersenarai
Feedback & supportSeseorang tidak boleh mempengaruhi, memaksa, mengelirukan atau memberi kuasa mana-mana orang yang terlibat dalam—
penyediaan penyata kewangan perbadanan tersenarai atau mana-mana perbadanan yang berhubungannya; atau
pelaksanaan audit ke atas penyata kewangan perbadanan tersenarai atau mana-mana perbadanan yang berhubungannya, untuk melakukan apa-apa yang diketahuinya atau semunasabahnya patut diketahuinya boleh menyebabkan penyata kewangan atau penyata kewangan teraudit itu menjadi palsu atau mengelirukan dalam butir-butir yang material.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan
524 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Perlindungan bagi orang terhadap tindak balas kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa dalam hal keadaan tertentu