Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian VII · Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

320. Kewajipan juruaudit perbadanan tersenarai

Feedback & support
(1)

Jika seseorang juruaudit, dalam pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit suatu perbadanan tersenarai, berpendapat secara profesional bahawa berlaku pelanggaran atau ketidaklaksanaan apa-apa kehendak atau peruntukan undang-undang sekuriti, kemungkiran apa-apa kaedah-kaedah bursa saham, atau apa-apa perkara yang menjejaskan pada takat yang material kedudukan kewangan perbadanan tersenarai itu, juruaudit itu hendaklah dengan serta-merta mengemukakan suatu laporan bertulis tentang perkara itu—

(a)

dalam hal kemungkiran atau ketidaklaksanaan apa-apa kehendak atau peruntukan undang-undang sekuriti, kepada

Suruhanjaya;

(b)

dalam hal kemungkiran atau ketidaklaksanaan apa-apa kaedah-kaedah bursa saham, kepada bursa saham yang berkaitan dan Suruhanjaya; atau 522 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(c)

dalam apa-apa hal lain yang menjejaskan pada takat yang material kedudukan kewangan perbadanan tersenarai itu, kepada bursa saham yang berkaitan dan Suruhanjaya.

(2)

Tiada juruaudit boleh bertanggungan untuk dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa laporan yang dikemukakan oleh juruaudit itu dengan suci hati dan atas niat untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atas juruaudit itu di bawah seksyen ini.

(3)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa semasa atau selepas sesuatu audit, menghendaki juruaudit perbadanan tersenarai supaya—

(a)

mengemukakan apa-apa maklumat tambahan berhubung dengan pengauditannya sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya;

(b)

memperluas atau menambah skop pengauditannya ke atas urusan dan hal ehwal perbadanan tersenarai itu mengikut apa-apa cara atau setakat yang ditentukan oleh Suruhanjaya;

(c)

menjalankan apa-apa pemeriksaan yang spesifik atau mengadakan apa-apa tatacara dalam mana-mana kes yang tertentu;

(d)

mengemukakan suatu laporan tentang apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c); atau

(e)

mengemukakan suatu laporan interim tentang apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d), dan Suruhanjaya boleh menentukan tempoh yang apa-apa kehendak itu hendaklah dipatuhi oleh juruaudit itu dan boleh menentukan saraan yang hendaklah dibayar oleh perbadanan tersenarai itu kepada juruaudit itu berkenaan dengannya.

(4)

Juruaudit hendaklah mematuhi apa-apa kehendak Suruhanjaya di bawah subseksyen (3) dan perbadanan tersenarai itu hendaklah memberikan saraan kepada juruaudit berkenaan bagi penunaian

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 523

olehnya semua atau mana-mana kewajipan tambahan di bawah seksyen ini.

(5)

Jika perbadanan tersenarai itu tidak memberikan saraan kepada juruaudit itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4), juruaudit itu boleh membawa guaman dan mendapatkan saraan itu sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada juruaudit itu.

(6)

Perbadanan tersenarai itu hendaklah menyediakan apa-apa maklumat dan memberikan akses kepada apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh juruaudit berkenaan dengan penunaian olehnya akan semua atau mana-mana kewajipan tambahan di bawah seksyen ini.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “juruaudit” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 31A Akta Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia 1993.

Report

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules