Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VI · Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

256D. Penolakan kebenaran atau pengiktirafan

Feedback & support

Suruhanjaya boleh menolak untuk memberikan kebenaran atau pengiktirafan di bawah seksyen 256C sekiranya—

(a)

permohonan itu tidak dibuat mengikut Penggal ini;

(b)

pemohon telah gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(c)

mana-mana maklumat atau dokumen yang diberikan kepada Suruhanjaya berkenaan dengan permohonan itu adalah palsu atau mengelirukan atau yang dalamnya terdapat peninggalan yang material;

(d)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kebenaran atau pengiktirafan itu akan memudaratkan kepentingan pelabur; atau

(e)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kebenaran atau pengiktirafan itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam.

43

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

Report