Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan
23. Dividen tertentu dikecualikan daripada cukai pendapatan
Feedback & supportSebaik sahaja apa-apa amaun pendapatan sesuatu syarikat perintis dikecualikan di bawah seksyen 22A, amaun itu hendaklah dikreditkan kepada suatu akaun yang disenggara oleh syarikat perintis itu bagi maksud seksyen ini (akaun dan syarikat itu masing-masingnya disebut akaun terkecuali dan syarikat yang berkaitan dalam seksyen ini dan seksyen 24).
Jika akaun terkecuali itu menunjukkan kredit pada tarikh apa-apa dividen dibayar oleh syarikat yang berkaitan itu daripada pendapatan yang telah dikecualikan di bawah seksyen 22A, suatu amaun yang sama banyak dengan dividen atau kredit itu, mengikut mana yang terkurang, hendaklah didebitkan kepada akaun terkecuali itu.
Sekian banyak daripada amaun apa-apa dividen yang didebitkan kepada akaun terkecuali di bawah subseksyen (2) sebagaimana yang diterima oleh pemegang syer dalam syarikat yang berkaitan itu hendaklah dikecualikan daripada cukai di bawah Akta ibu yang ada dalam tangan pemegang syer itu.
Apa-apa dividen yang didebitkan kepada akaun terkecuali di bawah subseksyen (2) hendaklah dikira sebagai telah diagihkan kepada pemegang syer (atau kepada mana-mana kelas pemegang syer yang tertentu) bagi syarikat yang berkaitan itu mengikut kadar yang sama dengan kadar yang pemegang syer yang berkenaan itu berhak dapat pembayaran dividen yang menimbulkan pendebitan itu.
60
Undang-Undang Malaysia
Syarikat itu hendaklah menyimpan suatu salinan akaun terkecuali sehingga Ketua Pengarah berpuas hati bahawa akaun terkecuali itu tidak lagi perlu disenggarakan.
Jika—
suatu amaun diterima sebagai dividen daripada syarikat yang berkaitan itu oleh seorang pemegang syer;
amaun itu dikecualikan daripada cukai di bawah subseksyen yang tersebut di atas; dan
pemegang syer itu suatu syarikat, apa-apa dividen yang dibayar oleh syarikat pemegangan syer itu kepada pemegang syernya itu hendaklah dikecualikan daripada cukai yang ada dalam tangan pemegang syer itu.
Seksyen 108 Akta ibu tidak terpakai berkenaan dengan apa-apa dividen atau sebahagian daripadanya yang didebitkan kepada akaun terkecuali atau berkenaan dengan apa-apa dividen atau sebahagian daripadanya yang dikecualikan di bawah subseksyen (6).
Pendapatan tersalah dikecualikan, dsb.