100. Kelulusan dikehendaki bagi skim pemindahan perniagaan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan bagi skim untuk memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan orang berlesen, kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank.
Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal orang berlesen yang ialah penanggung insurans asing, suatu sebutan bagi “perniagaan”
dalam subseksyen (1) ialah suatu sebutan bagi perniagaannya di Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Pemindah dan penerima pindahan hendaklah bersesama mengemukakan suatu permohonan untuk kelulusan Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 123
Jika perjanjian atau perkiraan bagi skim pemindahan perniagaan bercadang untuk memindahkan keseluruhan perniagaan, atau suatu bahagian material perniagaan orang berlesen, Bank hendaklah, sebelum memberikan kelulusan—
berpuas hati bahawa perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu tidak memudaratkan—
kepentingan mana-mana orang yang berkemungkinan menjadi terjejas oleh skim itu; dan
keselamatan dan kekukuhan orang berlesen itu; dan
mendapat persetujuan Menteri berkenaan dengan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu.
Bagi maksud subseksyen (4), Bank boleh, selepas berunding dengan Menteri, menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan orang berlesen.
Bank boleh meluluskan suatu permohonan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3), dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.
Bank hendaklah memberitahu pemindah atau penerima pindahan itu keputusannya secara bertulis di bawah subseksyen (6).