103. Bank menjadi pihak kepada prosiding
Feedback & supportSeseorang yang membuat suatu permohonan ke Mahkamah
Tinggi di bawah subseksyen 102(2) berhubung dengan skim pemindahan perniagaan hendaklah—
menyerahkan suatu salinan permohonan itu kepada Bank;
memberikan notis kepada Bank mengenai semua prosiding yang berhubungan dengan permohonan itu; dan
memberikan kepada Bank suatu salinan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan prosiding itu, pada masa yang sama prosiding itu dimulakan atau dokumen itu diserah simpan, di Mahkamah Tinggi atau dokumen itu disampaikan atas pihak kepada prosiding itu.
Bank berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan permohonan di bawah subseksyen (1).
Walau apa pun Bank telah memberikan kelulusannya kepada skim pemindahan perniagaan di bawah subseksyen 100(6), Bank boleh mencadangkan apa-apa ubah suaian kepada skim itu.