95. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perintah di bawah subperenggan 94(2)(a)(v)
Feedback & supportSetelah mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh orang yang ingkar di bawah seksyen 262 itu dan jika Bank mengesahkan suatu perintah yang dibuat di bawah subperenggan 94(2)(a)(v), Bank boleh melupuskan syer yang diserahkan balik kepadanya menurut perintah yang dibuat di bawah
120 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
subperenggan itu kepada orang itu dan pada apa-apa takat yang hendaklah selaras dengan had yang sama dipegang oleh pembeli menurut undang-undang yang memperoleh syer di bawah Akta ini.
Hasil pelupusan syer di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar kepada Mahkamah Tinggi, dan mana-mana orang yang menuntut sebagai berhak secara benefisial kepada semua atau mana-mana bahagian hasil itu boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pembayaran itu kepada Mahkamah Tinggi, memohon kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kamar supaya pembayaran daripada hasil itu dibuat kepadanya.
Kepentingan dalam syer orang yang diluluskan